PROSES UTAMA 1 - PRA PERANCANGAN 

1.     Menubuh jawatankuasa pembinaan dan pelaksanaan  perancangan  strategik dan membuat pembahagian tugas untuk pengumpulan maklumat
2.     Pengumpulan  maklumat tentang:
a.     Latar belakang organisasi
b.     Pencapaian organisasi yang lepas (dalam semua aspek)
c.     Laporan  analisis prestasi program/strategi lepas

3.         Mengenalpasti mandat dan arahan-arahan terkini dari stakeholder 
4.   Mengatur satu sesi taklimat kepada semua staf terhadap konsep dan faedah pembinaan perancangan strategik bagi meningkatkan tahap kesediaan dan komitmen semua anggota organisasi untuk proses membina dan melaksanakan perancangan strategik atau perubahan baru. 

FOKUSKAN LATIHAN KEPADA ASPEK MEMBINA TABIAT BERFIKIR SECARA   STRATEGIK.

5.      Membina plan untuk membina perancangan strategik khususnya jika bengkel pembinaan perancangan diadakan di luar.



PROSES UTAMA 2- MENDEFINISIKAN HALATUJU ORGANISASI  

1.    Menyemak Mandat (Akta, Dasar Kerajaan, Pekeliling-pekeling)
2.    Menyemak pernyataan Misi 
3.    Menyemak pernyataan Visi
4.    Menyemak pernyataan Piagam Pelanggan
5.    Menyemak pernyataan Moto/Slogan, Logo dan Warna organisasi
6.   Membuat penambahbaikan bagi semua perkara di atas, jika perlu.



PROSES UTAMA 3- ANALISA MAKLUMAT PERSEKITARAN

1. Persekitaran Dalam Organisasi (khususnya  tentang Kekuatan & kelemahan)
2. Persekitaran Luar Organisasi (PEST: Khususnya tentang peluang dan  Ancaman/Cabaran)
3. Membuat analisis Jurang (gap analisis)
4. Membuat analisis stakeholders


PROSES UTAMA  4- PEMBINAAN STRATEGI  UNTUK MENCAPAI MISI dan VISI

1.  Mengenalpasti dan memilih Isu-Isu Strategik  yang boleh dijadikan keutamaan (priority) ( apa yang kritikal untuk capai mandat, misi dan visi)
2.  Membentuk  Matlamat  strategik/KRA/Teras Strategik
3.  Menetapkan Objektif untuk setiap matlamat yang telah ditetapkan) bersama Indikator Prestasi Utama (KPI) dan sasarannya (3-5 tahun)
4.  Menjana dan memilih strategi  bagi mempastikan tercapainya setiap objektif yang telah ditetapkan
5.  Membina Pelan Tindakan/Taktikal, Pelan Operasi/huraian kerja (prosedur kerja) dan Pelan Kontigensi bagi setiap strategi yang dipilih untuk dilaksanakan.


PROSES UTAMA  5- PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK 

1.  Membuat perancangan strategi untuk penyampaian dan pelaksanaan Pelan Strategik secara berkesan dengan memberi lebih perhatian kepada isu-isu berikut: Kepimpinan berkesan, Mengurus Perubahan secara strategik, Memupuk Budaya Kerja Berpasukan, Pembinaan Iklim Kerja yang kondusif (Quality of Work Life), motivasi staf dan Pengurusan Berasaskan Prestasi.
2.   Menjalan aktiviti penyeliaan, pengauditan dan penilaian keberkesanan atau  impak setiap strategi atau pelan tindakan yang dilaksanakan secara berjadual dan sistematik berasaskan pendekatan Balanced Scorecard
3. Mengurus sistem penyimpanan rekod kepada  proses/ tindakan yang dilaksanakan dengan sistematik
4.  Mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan proses kerja secara berterusan.
5.  Membuat mesyuarat kajian semula bagi mengkaji  prestasi pelaksanaan Pelan Strategik secara sistematik dan berjadual (sekurang-kurangnya sekali dalam setahun operasi) dan Kajian Semakan Semula (Pertengahan Penggal) secara menyeluruh (intensif) pada tahun ketiga prestasi pelaksanaan pelan strategik.