Model GROW dipelopori oleh John Whitmore (2002). Rujukan tambahan berkenaan model ini boleh didapati melalui buku Coaching for Performance, 4th Edition: GROWing Human Potential and Purpose (People Skills for Professionals) by Sir John Whitmore (Paperback – 12 Mac 2002).
G: ‘Goal’
Matlamat ditetapkan berserta tempoh jangka untuk mencapainya. Mengenal pasti apa matlamat (Goal) dan ke arah pencapaian yang diinginkan, matlamat ini perlu diingatkan pada setiap permulaan di semua peringkat coaching GROW
R: ‘Reality’
Kenyataan yang sedang dihadapi oleh coachee. Mengenal pasti situasi semasa coachee untuk mencari perkara yang menjadi keperluan yang perlu perbincangan. Luahan itu akan dapat membantu coachee melihat dengan lebih jelas dan melalui perspektif berbeza, lalu coachee sendiri akan terhasil dalam mendapatkan kaedah untuk terus maju melalui penyoalan reflektif coach.
O: ‘Option’
Alternatif yang wujud dalam rancangan tindakan dan akibat kepada tindakan yang diambil tersebut. Jika coach buntu, coach perlu kembali kepada soalan-soalan Realiti dan Matlamat (Reality dan Goal). Ulangi kata kunci-kata kunci yang coachee sebutkan sebelum itu agar coachee dapat mengeluarkan beberapa pilihan dalam perancangan tindakannya.
W: ‘What’
Apa yang perlu dilakukan, ‘When’-Bila, ‘Whom’-Oleh siapa dan ‘Will to do it’-Tindakan akan dibuat. Atau ‘Way Forward’-Jalan ke hadapan iaitu menyediakan pelan tindakan sebagaimana pilihan tersebut. Atau Wrap-up iaitu merumuskan semua perancangan tindakan yang telah disebutkan sebelum ini. Coach perlu membantu coachee merumus semula semua intipati perbincangan dalam sesi coaching ini.

GROW